Saturday, September 13, 2008

Sudah beberapa kali patik dibawa oleh sahabat yang patik katakan mempunyai 'hidden leadership' bertemu dan dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dan patik hanya mendengar perbincangan mereka. Pemimpin ini sebenarnya menguatkan apa yang patik bimbangkan iaitu keangkuhan rata rata pemimpin melayu walau didalam parti mana pun mereka berada. Pemimpin ini sebenarnya tidaklah seperti yang patik sangkakan sebelum ini iaitu sama sahaja dengan mana mana pemimpin melayu. beliau sebenarnya amat kecewa dengan apa yang berlaku hari ini, kerakusan mengejar kuasa yang ada pada mana mana pemimpin melayu sama sahaja. Kebimbangan yang patik suarakan sebelum ini dikukuhkan lagi dengan kekecewaan beliau. Patik amat tertarik dengan 'quote' beliau bahawa jika kita mengejar duniawi..dia kan lari dari kita tetapi jika kita mengejar akhirat, duniawi akan datang kepada kita. Ramai sahabat patik dikalangan ahli politik sendiri sudah melahirkan kebimbangan yang sama dengan saya hanya cuba menjadi warga yang baik dan pengundi yang berkualiti. patik merasa amat bimbang dengan perkembangan politik hari ini dan merasa malu melihat gelagat pemimpin melayu hari..bayangkan apa akan terjadi jika kepimpinan mereka ini diturunkan kepada pemimpin generasi akan datang...nauzubillah..
Ampuan Tuanku beribu ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik mohon perkenan Tuanku mendengar kebimbangn patik terhadap suasana politik negara kita yang amat membimbangkan. Ahli ahli politik yang sebangsa dan seagama dengan saya hari ini kelihatannya sudah jauh menyimpang dari asa sebenar peglibatan mereka didalam politik. Fitnah memfitnah, tuduh menuduh dan amalan rasuah sudah menjadi menjadi dan kini amalan ini sudah menjadi satu budaya dan kebanggaan. Patik amat risau akan perkembangan yang dikhuatiri akan menjadi barah yang tidak dapat diubat lagi. Masaalah dan kesusahan rakyat, perkembangan ekonomi negara, perkembangan keagamaan dan akidah sudah tidak lagi menjadi asas politik mereka. Patik merayu kepada Tuanku supaya suatu bentuk pengawasan atau kawalan dilakukan segera demi memastikan bangsa terutama yang susah dan miskin tidak lagi menjadi mangsa pergelokan yang dicipta oleh mereka ini. Ampun Tuanku beribu ribu ampun.