Saturday, September 13, 2008

Sudah beberapa kali patik dibawa oleh sahabat yang patik katakan mempunyai 'hidden leadership' bertemu dan dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dan patik hanya mendengar perbincangan mereka. Pemimpin ini sebenarnya menguatkan apa yang patik bimbangkan iaitu keangkuhan rata rata pemimpin melayu walau didalam parti mana pun mereka berada. Pemimpin ini sebenarnya tidaklah seperti yang patik sangkakan sebelum ini iaitu sama sahaja dengan mana mana pemimpin melayu. beliau sebenarnya amat kecewa dengan apa yang berlaku hari ini, kerakusan mengejar kuasa yang ada pada mana mana pemimpin melayu sama sahaja. Kebimbangan yang patik suarakan sebelum ini dikukuhkan lagi dengan kekecewaan beliau. Patik amat tertarik dengan 'quote' beliau bahawa jika kita mengejar duniawi..dia kan lari dari kita tetapi jika kita mengejar akhirat, duniawi akan datang kepada kita. Ramai sahabat patik dikalangan ahli politik sendiri sudah melahirkan kebimbangan yang sama dengan saya hanya cuba menjadi warga yang baik dan pengundi yang berkualiti. patik merasa amat bimbang dengan perkembangan politik hari ini dan merasa malu melihat gelagat pemimpin melayu hari..bayangkan apa akan terjadi jika kepimpinan mereka ini diturunkan kepada pemimpin generasi akan datang...nauzubillah..

2 comments:

QUDS REALCLOCKWISE said...

nauzubillah...kata2 yg amat menakutkan beta..
nantilah beta tengok2kan apa yang perlu beta buat dalam masa terdekat ini..
beta akan fire mana2 pimpinan yang tuanhamba maksudkan itu.

cia said...

sebenarnye beta dah takde daulat dah..... cuma yg beta ade ialah otak utk pikir dan perlaksanaan nye yg beta tak boleh buat. Apa yg penting usaha rakyat jelata kearah kebaikkan dan tinggalkan kemungkaran...ajak ajak rakyat beta semua kearah itu...
Hancurkan UMNO naikkan ISLAM...