Friday, August 15, 2008

nelayan oh nelayan

PECAHAN KATEGORI NELAYAN PANTAI BARAT SEMENANJUNG DARI KUALA GULA KE PANTAI REMIS.

1. NELAYAN TEGAR/TULEN
Kumpulan ini majoritinya adalah orang melayu, tidak mempunyai bot mahupun sampan. Mereka kelaut menggunakan bot bot tauke. Kebanyakannya menangkap udang dengan kaedah yang dipercayai satu satunya didunia ini, iaitu pukat sorong. Tauke tauke mereka mendapat subsidi tetapi subsidi mereka tidak akan diberi atau dikongsi dengan kumpulan nelayan ini. Pilihan yang ada jikalau tidak berpuashati carilah peluang lain kerana ramai nelayan PATI yang menunggu peluang, jadi mahu tak mahu terpaksalah kelaut juga. Pada seorang tauke, jikalau mereka ini membantah dan tidak mahu kelaut, mereka tetap akan untung iaitu dengan menjual minyak subsidi. Jikalau kelaut pun dan hasilnya kurang minyak dan alatan lain harus dibayar kepada tauke. Dalam erti kata lain. Tauke hanya akan berkongsi keuntungan hasil tangkapan manakala kerugian akan ditanggung sendiri oleh para nelayan.

2. NELAYAN PADA NAMA
Kumpulan ini juga ramai. Mereka pernah menjadi nelayan tapi kebanyakkan hari sudah tidak lagi turun ke laut lagi tetapi mempunyai sampan/bot dan sudah tentulah menikmati subsidi, Mereka ini adalah orang yang punya wang dan sedikit pengaruh. Apabila mengetahui kerajaan akan memberikan subsidi maka dengan segeralah mereka memohon lengkap dengan bot dan segala kelengkapan. Setelah subsidi diperolehi, bot dan sampan mereka menjadi bahan pameran dijeti dan subsidi dijadikan sumber kewangan tambahan.

3. NELAYAN PALSU
Kumpulan ini juga ramai. Mereka tidak pernah kelaut, tidak mempunyai sampan ataupun bot tetapi mempunyai subsidi. Pelik tapi benar. Ini adalah kerana mereka kebanyakannya bekerja dengan tauke tauke bot tetapi bukan nelayan. Ramai juga yang terlibat dalam politik kecil kecilan kampong yang akan melakukan apa saja demi wang. Jadi apabila mengetahui akan kemudahan subsidi yang boleh diperolehi, mereka ini segera dibantu oleh tauke tauke atau pengurusan PN tempatan untuk melayakkan diri mereka menerima subsidi, Bagaimana mereka menggunakan subsidi itu, Allahualam. Pada mereka yang penting mengikut kehendak kerajaan adalah mempunyai lesen bukannya bot ataupun sampan.


4. NELAYAN BESAR
Sebesar namanya hampir kesemuanya adalah pengusaha bot bot nelayan besar yang nilai sesebuah mencecah jutaan ringgit dan dimonopoli oleh bangsa Cina. Sudah tentulah mereka ini menikmati subsidi. Ada dikalangan mereka ini yang membantu atau menaja pengusaha bot pukat sorong/sodok dan semestinya dari aspek perkongsian subsidi. Kapten mahupun awak-awak mereka hanya kelihatan seperti bangsa Melayu tetapi mereka sebenarnya PATI yang berulang alik dari sempadan tanpa sebarang masaalah. Alasan pengusaha biasanya orang Melayu tidak mahir atau pun tidak berminat untuk mengendalikan bot jenis ini. Namun melalui pengamatan penulis, bayaran untuk mereka adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan bayaran kepada orang tempatan terutamanya Melayu. Lagi besar bot mereka maka lebih banyaklah subsidi yang mereka terima dan bagaimana mereka menggunakan subsidi mungkin itu hak mereka.

5. NELAYAN KECIL
Sebagai kumpulan paling kecil sekecil sampan mereka, merekalah sahaja yang harus dan sememangnya menikmati subsidi malang nya mengikut kaji selidik dalam sebulan mereka hanya memperolehi 40 – 60% dari jumlah subsidi yang diperuntukkan. Alasan pengurusan biasanya “OFFLINE”. Ada diantara mereka ini yang tidak lagi mengharapkan subsidi dengan alasan: Nak ambil subsidi 30 liter, terpaksa ke stesen yang dibenarkan sahaja ada yang jaraknya sehinga 10 KM dan apabila sampai disana dikhabarkan pulak system “OFFLINE” Jadi tak payah lah” Mereka turun kelaut kerana bila dirasakan sesuai untuk penangkapan bukannya bila ada SUBSIDI.

1 comment:

cia said...

nelayan apa... melayu apa....melayu yg mana...., klu ambil Islam semua bangsa selamat...