Friday, August 15, 2008

nelayan oh nelayan

NELAYAN OH NELAYAN

Kita semua maklum bahawa kerajaan hari telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu nelayan yang rata ratanya adalah orang melayu dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi . Pemberian subsidi minyak untuk golongan ini sebenarnya adalah sesuatu yang amat membantu meringankan beban. Dengan subsidi dapatlah golongon ini meneruskan usaha mereka untuk menyumbang kepada ekonomi setempat dan menyara keluarga seadanya.

Namun usaha murni kerajaan banyak dicemari oleh kelemahan system penyampaian yang rata ratanya diuruskan oleh orang Melayu juga sehingga terhasillah pengurusan yang tidak efisien, tidak amanah dan sehingga ada yang tidak lagi merasa segan dan malu dalam melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Tiadanya keikhlasan, kejujuran dan amanah ini akhirnya akan terus memudaratkan golongan nelayan yang sudah sememangnya berada didalam kesempitan.

Pengurusan Persatuan Nelayan yang selama ini diuruskan oleh pengurus yang dilantik oleh Agensi kerajaan dikenalpasti sebagai salah satu dari punca yang menghasilkan keadaan hari ini. Persatuan ini sewajarnya diterajui dan diuruskan oleh orang tempatan yang mungkin kurang berkelayakan dari sudut akedemik tetapi amat mengambil berat dan memahami permasalahan para nelayan bukannya orang orang luar ataupun mereka yang aktif berpolitik kerana kebanyakkan mereka ini akan hanya menjadi seperti enau dalam belukar hanya melepaskan pucuk mereka sahaja. Kesalahan kesalahan seperti mengamalkan “double standard” dan penyelewengan yang dilakukan tidak dirasakan bersalah oleh mereka mereka ini kerana mungkin sudah menjadi amalan biasa atau mungkin sudah menjadi BUDAYA.

Isu PUKAT SORONG atau pukat sodok dikenalpasti sebagai punca lain yang mengakibatkan golongan Nelayan Tegar/Tulen ini dipinggirkan (majority Nelayan Tulen/Tegar adalah golongan ini). Alasannya kaedah sorong/sodok ini diharamkan oleh kerajaan. Benar tetapi hakikatnya hari ini dianggarkan tidak kurang dari 500 buah bot beroperasi disepanjang Pantai Barat dari Kuala Gula ke Pantai Remis secara haram. Pengusahanya adalah 90% berbangsa Cina selebihnya bangsa lain dan siapakah yang kelaut? Tak lain tak bukan bangsa Melayu dan hari ini jumlah PATI mungkin sudah mengatasi orang Melayu itu sendiri.

Ada segelintir orang Melayu dulu yang cuba mengusahakan bot ini tetapi tak sampai kemana sudah pun dibenteras atas sebab kaedah ini adalah ‘haram’. Haram ke halal ke hari ini udang yang dipasaran banyak datangnya dari sini kerana kaedah sorong dikatakan paling efektif untuk penangkapan udang. Masaalahnya mungkin hanya pada definisi ‘sorong’ ataupun ‘sodok’ sahaja. Apa yang pasti hari ini penangkapan secara ‘haram’ ini dijalankan dengan rakus sekali. Sedar atau tidak nelayan “PATI” yang ‘dilindungi’ ini sewenang wenangnya mencuri sumber makanan Negara. Walaupun ada penguatkuasaan tetapi perlaksanaannya amat lemah sehinggakan pengusahanya tahu bila operasi akan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Harapan besar kebanyakkan nelayan hari adalah kerajaan melakukan sesuatu dengan segera supaya golongan nelayan ini tidak terus terpinggir, tidak terus merayu bantuan umpama melukut ditepi gantang. Harapan supaya tiada lagi nelayan yang meninggal dunia menantikan bantuan. Tiada lagi orang yang mati dilaut tanpa mendapat pembelaan sewajarnya. Tiada lagi orang yang mempunyai pekerjaan tetapi mendapat bantuan dari persatuan. Tiada lagi ‘PATI’ yang mencuri sumber makanan Negara. Tiada lagi kes penyelewengan subsidi yang amat memalukan Bangsa Melayu kerana hanya mereka yang boleh menjawab persoalan ini. Merekalah yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus serta mengagihkan subsidi.

Sedarlah wahai semua bahawa apa yang dilakukan hari bakal meninggalkan satu kesan yang pasti akan memudaratkan kehidupan nelayan dan BANGSA MELAYU secara amnya dimasa akan datang. Imbuhan yang diterima hari adalah dengan mempertaruhkan masa depan nelayan dan Negara . Segeralah kembali kepada asas penubuhan persatuan itu sendiri. Sematlah didada bahawa tanggungjawab yang dipikul hari ini adalah untuk membantu memastikan taraf kehidupan nelayan meningkat bukannya untuk mereka dan kroni sahaja. Fikirkanlah sebaik baiknya sebelum membuat sebarang keputusan. Usahlah dikhianati amanah yang dipertanggujawabkan kebahu anda oleh kerajaan yang sememangnya mahukan golongan nelayan ini dibela dengan sewajarnya.

MUDAH MUDAHAN

2 comments:

cia said...

Itu UMNO punye keje laaaa..padan muka hampa..percaya no ngan UMNO yg mempenjuangkan melayu. Kasi mampoih itu UMNO jadikan UMYES...

cia said...

Hnag pa semua laaaaaaaaaaaa